Thursday 20 March 2014

Nota Ringkas Arca

 ARCA

1. Pengenalan
- Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya
- Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai

2. Jenis-jenis arca
a- Arca Berfungsi – arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu seperti patung berhala untuk disembah
b- Arca Estetika – arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya

3. Bahan binaan arca
- Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran bahan-bahan tersebut

4. Teknik membina arca
a- Arca luakan – memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil
b- Arca binaan – satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki
c- Arca asemblaj – menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik
d- Arca acuan – dibuat dengan menuang bahan seperti ‘plaster of paris’, lilin, simen, tanah liat dsb ke dalam acuan
e- Arca timbulan – bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis
f- Arca bergerak/mobail/kinetik – arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan
g- Arca dinding – dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan dinding, meja atau digantung pada siling
h- Arca gabungan – gabungan beberapa jenis arca di atas

Tuesday 5 March 2013

Panduan Ringkas Penulisan Minit Mesyuarat


Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Minit Mesyuarat adalah satu bentuk pelaporan mengenai turutan [kronologi] perbincangan rancangan-keputusan gerak kerja sebelum, semasa dan selepas suatu program berlangsung. Kronologi ini amat penting sebagai suatu rujukan semasa Jawatan Kuasa Pelaksana Program.

Segala tindak-tanduk Jawatan Kuasa Pelaksana tadi adalah berpandukan ketetapan [keputusan] yang telah diminitkan [diputuskan/direkod] semasa mesyuarat program dijalankan. Namun, ketetapan tadi juga bergantung dengan faktor luar [makro] seperti nasihat wakil Timb. Naib Canselor [contohnya] dan hal-hal lain di luar kawalan Jawatan Kuasa Pelaksana seperti gangguan cuaca, bencana alam dll.

Minit Mesyuarat bagi mesyuarat yang sebelumnya perlu diedarkan sebelum mesyuarat selanjutnya [jika ada] untuk bacaan dan semakan ahli-ahli mesyuarat yang dijemput. Minit Mesyuarat tadi perlu disahkan sebelum mesyuarat yang seterusnya dimulakan. Ianya disahkan melalui kombinasi Pencadang-Penyokong. Duo [kedua-dua] ini hendaklah [wajib] mereka yang pernah menghadiri mesyuarat yang sebelumnya. Seterusnya, semua catitan hendaklah direkodkan oleh Setiausaha atau timbalannya dan disahkan kemudian oleh Pengarah program.

Minit Mesyuarat adalah antara entiti utama [mustahak] dalam dokumentasi program.




Baik, mari kita lihat aspek-aspek yang perlu ada dalam Minit Mesyuarat program secara umum.


PANDUAN RINGKAS PENULISAN MINIT MESYUARAT

01. Tajuk Minit
(Nyatakan minit mesyuarat beserta bilangan)


02. Maklumat Mesyuarat
a. Tarikh
b. Masa
c. Tempat


03. Kehadiran
a. Ahli-ahli yang hadir
b. Tidak hadir dengan kenyataan


04. Perkara
a. Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis*
b. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
c. Perkara-perkara yang dibincangkan seperti dalam agenda
d. Hal-hal lain (Nyatakan dengan ringkas, padat dan tepat)

*Pengerusi Majlis [MC] biasanya ialah Timb. Setiausaha. Jika tiada, ianya akan diambil alih oleh Pengarah Program.


05. Tindakan / Makluman
(Nyatakan tindakan / makluman bagi setiap perkara untuk rujukan)


06. Penangguhan Mesyuarat
(Nyatakan masa penangguhan mesyuarat)


07. Tandatangan
a. Pencatit (Semakan) -- Setiausaha
b. Pengesah (Pengesahan) -- Pengarah / Pengerusi Program

(Nyatakan nama, jawatan dan tarikh**)

**Ditulis berdekatan dengan tandatangan

NOTA:
Semua siri panduan mengenai penganjuran program / aktiviti ini berlatar belakangkan IPTA / Universiti. Sila ubah suai mana yang perlu mengikut situasi dan keperluan masing-masing. Harap maklum.  



Sunday 17 February 2013

Hati-hati dengan page di FB.

Assalamualaikum w. b. t.

Ni nak share sikit kawan2. Pasal page2 kat FB. Ramai tak sedar dan saya bimbang makin lama makin melarat.
Tolong check balik page2 yang kita like di FB ye. Akhir2 ni saya tengok ramai orang like page 'membabi buta'. Asal like je. Tak tengok pon tu page apa. Ada yang like page Christianity, Hindu, Jesus, XXX , Atheis. Malah ada yang like page 'i love jesus'. Terkejut dan terkilan. sebelum like sila fikirkan akibat. Bila kita like page2 ni, automatic apa2 post dari page ni akan keluar di wall kita. Hari2 duk tengok benda ni,kalau kita ni jenis kuat iman rsenya tiada masalah. Rsenya kita pon tahu tahap iman masing2. Iman yg rapuh mudah sahaja bergoncang. Dibimbangi hati kita ragu. Shubahah. Oleh itu,sebaiknya kita menjaga benda2 ni semua.



Wallahualam.

p/s: sekadar peringatan. :)

Tuesday 5 February 2013

testing~

testing blog baru~ ak pon xpasti ni blog ke berapa. hopefully blog ni bertahan lama. hee.